Monday, December 19, 2005

Watashi No Shumi

3 bulan. Sudah. Belajar bahasa jepun. Dalam. Kelas Nihongo Ichi.

Esok. Kali pertama. Pengucapan awam. Nihongo.
Walau. Masih tergagap-gagap. Tiada pilihan. Mesti!

3 minit. Pilih 1 antara 3 tajuk. Keluarga Saya. Negara Saya. Hobi Saya.

Aku pilih. No 3. Watashi no shumi.

Dan inilah. Yang akan dicecehkan. Di hadapan. Kelas Nihongo Ichi

"Watashi no shumi

Watashi no shumi wa shashin o torukoto to yama ni noborukoto des.
Mareeshia de iro iro na yama e nobori ni ikimashita.
Ni jyu hassai no toki tounam Ajia no ichiban takai yama, Kinabaru-san ni noborimashita.
Kinabaru-san wa totemo kirei na yama desuga samukatta des.
Watashi wa takusan shashin o torimashita. Hito ya ki ya hana no shashin o torimashita.
Tomodachi ni shashin o urimashitakara takusan okane o moraimashita.

Watashi no otto no shumi mo shashin o torukoto des.
Yasumi no hi isshoni futari de iro iro na tokoro e itte, shashin o torimashita.
Musuko o unda ato wa musuko no shashin o takusan torimashita.
Demo hountou wa amari jouzu ja arimasen.

Watashi wa shashin o miruno mo sukides.
Intaanetto de yoku fotopeijes o mimas.
Shashin o miru no wa tanoshiinode mai shuu sukina no to atarashii no to o mimas.

Nihon de watashi wa Fuji-san e nobori ni ikitai des.
Fuji-san no ichiban ue no yuki no shashin o toritai des.
Rainen kazoku ga Nihon e kita toki tabun otto to isshoni Fuji-san ni nobottari shashin o tottari shimas.

Ijou des.
Arigatou gozaimashita."

Dan inilah. Terjemahan. Pengucapan awam. Yang akan dicecehkan. Lambat-lambat.
Agar. Cukup. 3 minit.

"Hobi saya

Hobi saya ialah mengambil gambar dan mendaki gunung.
Di Malaysia banyak gunung yang telah dipanjat.
Sewaktu berusia 28 tahun, gunung tertinggi Asia Tenggara, Gunung Kinabalu, telah didaki.
Gunung Kinabalu ialah gunung yang sangat cantik tetapi sangat sejuk.
Saya telah mengambil banyak gambar. Gambar orang, gambar pokok, gambar bunga.
Gambar-gambar telah dijual kepada kawan-kawan, jadi banyak wang yang diterima.

Hobi suami saya juga mengambil gambar.
Pada hari cuti kami berdua bersama-sama pergi ke merata tempat dan mengambil gambar.
Selepas anak lelaki kami dilahirkan, banyak gambar anak yang ditangkap.
Tetapi sebenarnya kami tidaklah pandai sangat mengambil gambar.

Saya juga suka melihat gambar.
Di Internet, selalu melihat Fotopages.
Kerana melihat gambar menyeronokkan, setiap minggu Fotopages kesukaan dan yang baru akan dilihat.

Di Jepun saya ingin pergi mendaki Gunung Fuji.
Saya ingin menangkap gambar salji di puncak Gunung Fuji.
Tahun depan selepas keluarga saya datang ke Jepun, mungkin saya dan suami akan bersama-sama ke Gunung Fuji, mendaki dan menangkap gambar.

Sekian, terima kasih."

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin